Kempen Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia (Sekolah)

Program & Aktiviti

Tentang Kami

YBH ACP Wan Azlan bin Wan Mamat

Ketua Polis Daerah Subang Jaya

Master Saiful Hamiruzzaman Bin Mohd Hazir

Perunding Keselamatan Dan Pertahanan Diri

YBhg Ts Dr Vince Kek

Pengarah Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia

Seiring dengan perkembangan semasa, kita menyedari bahawa cabaran sosial dan risiko jenayah dalam kalangan remaja semakin kompleks. Isu seperti buli, vandalisme, penyalahgunaan dadah, jenayah siber serta pengaruh negatif media sosial menuntut pendekataan pencegahan yang lebih sistematik dan berfokus, khususnya melalui pendidikan awal di sekolah. Lembaga Kesedaran Pencegahan Penjanayah Malaysia (LKPJM) komited untuk memainkan peranan proaktif dalam mendidik masyarakat, khususnya pelajar sekolah, agar lebih peka, berwaspadu dan berpengetahuan tentang langkah-langkah pencegahan jenayah.

Sehubungan itu,

Bagi merealisaikan hasrat tersebut, Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah merancang untuk menganjurkan program”Kempen Kesedaran Pencegahan Jenayah” di sekolah-sekolah Malaysia sebagai satu inisiatif strategik yang bertujuan memberi pendedahan, kesedaran dan pendidikan kepada para pelajar agar mereka lebih peka terhadap keselamatan diri, tanggungjawab sosial serta akibat perlakuan jenayah. Program ini selaras dengan matlamat dan objectif Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia (LKPJM) memberi kesedaran kepada oranga awam terutamanya pelajar tentang pencegahan jenayah serta bekerjasama dengan agensi-agensi keselamtan kerajaan terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Program kempen ini dirancang dengan beberapa objektif utama, antaranya:
* Meningkatkan tahap kesedaran pelajar terhadap pelbagai bentuk jenayah dan gejala sosial
* ⁠Membantu pelajar memahami peranan mereka dalam menjaga keselamatan diri dan rakan sebaya
* ⁠Menggalakkan kerjasama erat antara pihak sekolah, ibu bapa, komuniti dan agensi keselamatan

Pelaksanaan kempen ini akan melibatkan beberapa pendekatan utama seperti ceramah kesedaran, sesi interaktif serta edaran bahan pendidikan. LKPJM juga akan bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia, Pejabat Pendidikan Daerah, pihak berkuasa tempatan serta badan-badan berkaitan bagi memastikan penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan bersesuaian dengan peringkat umur pelajar

Adalah menjadi harapan kami agar program kempen ini bukan sekadar satu program bermusim, tetapi menjadi usaha berterusan yang mampu membentuk budaya pencegahan jenayah dan nilai tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar

 

Hubungi Kami

39-1, Dataran Mestika, Jalan Mawar 15, Taman Mestika, 56100, Cheras Kuala Lumpur

03-4287 5880

lkpjm.hq@gmail.com